Saturday, December 1, 2018

Popia Nestum

Tak tahu nak buat kuih apa untuk raya? Malas? Leceh? Meh buat popia nestum. Senang dan tak leceh nak masak. Zup zap dah siap! Lepas tu fikir, eh dah siap ke?




BAHAN-BAHAN:

  • 2 Tbsp tepung*
  • 3 Tbsp air kosong
  • 15 Kulit popia(dipotong separuh)
  • 1 Cawan Nestum(dikisar halus)
  • 1/2 Cawan Horlicks
  • 1/3 Cawan gula kastor

CARA-CARA:
  1. Roll kulit popia guna straw(standard size) supaya bentuknya cantik dan kemas
  2. Guna campuran tepung dan air kosong sebagai gam kulit popia
  3. Gunting kulit popia yang sudah digulung arah mengiring
  4. Goreng sehingga keemasan dan rangup-rangup gitu kemudian biarkan sejuk
  5. Campurkan Nestum, Horlicks dan gula kastor sehingga kemas sebati
  6. Tuang dan gaulkan dengan kulit popia yang sudah digoreng tadi
  7. Siap untuk makan!

*Optional untuk jadi gam kulit popia. Saya guna air kosong sahaja. Resepi ini dari Khairul Aming ya kawan-kawan. Serius senang dan sedap :) Buat untuk tetamu makan tapi akhirnya masuk perut sendiri :')

No comments:

Post a Comment

Most Favourite Women's Perfume 2018

Here are the top 5 perfumes for women in 2018 : Chanel Chance Eau de Toilette. Chanel Coco Mademoiselle Eau de Parfum. Philosophy...